Friday, May 23, 2008

Perodua mengejar podium di Perlis


Yakin dengan pembaharuan yang telah dilakukan kepada jentera lumba Viva dna Myvi yang menjadi pertaruhan mereka, Pasukan Rali Perodua M5 mahukan kedudukan podium bagi ketiga tiga kereta yang masuk bertanding di pusingan kedua Kejuaraan rali Malaysia AAM ‘08 yang akan diadakan di Perlis hujung minggu ini .

Menurut pengurus pasukan, Garry Chua, mereka tidak duduk berpeluk tubuh setelah mendapat kejayaan cemerlang semasa pusingan pertama di Bahau.

“Kami sentiasa berusaha untuk memperbaiki prestasi kereta yang kami gunakan dalam kejuaraan rali ini kerana pasukan lain juga sentiasa bergerak ke hadapan dan mengejar masa yang lebih pantas.

“Kami yakin bahawa perubahan yang telah kami lakukan setakat ini akan membolehkan pemandu pasukan Perodua M5 untuk terus kompetitif dan berada pada kedudukan terbaik.

“Kereta yang paling bayak melalui proses pembaharuan ialah jentera Myvi 2WD kerana ia merupakan kerta yang paling kurang berkuasa dan kini saya yakin ia akan dapat member saingan yang hebat kepada pelumba lain.

Di Bahau, pelumba utama mereka, Kan Chee Hong telah berjaya menduduki tempat kedua di belakang juara rali Malaysia dengan perbezaan masa sekitar 2 minit,

Karamjit terpaksa berlumba dengan sebuah kereta rali yang disewa ketika pusingan pertama akibat masalah teknikal yang menyebabkan keretanya tidak boleh dilepaskan pihak kastam di pelabuhan Klang.

Untuk pusingan kedua beliau kembali dengan jentera Mitsubishi Lancer Evo VIII miliknya.

Sudah tentu Karamjit akan lebih laju di Arau kerana dia memandu jentera sendiri yang jauh lebih berkuasa, berbanding dengan ‘kereta sewa’ pusing pertama.

“Memang betul ada kemungkinan besar Karamjit akan dapat memandu engan lebih laju tetapi jentera kami juga lebih bertenaga dan tankas kali ini,,” sambung Chua.

Beliau akur bahawa juara rali 2007, Karamjit Singh mungkin akan berjaya menduduki tempat pertama keseluruhan jika dia berjaya menamatkan perlumbaan. Namun demikian, pasukan cilik Perodua yaking bahwa mereka akan dapat bersaing rapat dengan Karamjit.

Selain dari perubahan pada kereta, pelumba utama mereka, Kan Chee Hong terpaksa menyertai pusingan kedua tanpa juruarah Bernard Chin yang sudah begitu serasi dengan gaya memnadu dan keperluannya yang lain ketika berlumba. Juruarahnya untuk pusingan ini ialah Wayne Cheah.

“Saya rasa ini tak sepatutnya menjadi masalah kerana Cheah seorang juruarah yang berpengalaman luas. Chin mempunyai kelebihan kerana beliau begitu serasi dengan Kan jadi itulah yang kami harapkan daripada gandingan dengan juruarah baru ini,” Kata Chua.

No comments: