Friday, June 27, 2008

Litar berliku Kuantan beri kelebihan pada Perodua



Pasukan Rali Perodua M5 menuju ke pusingan ketiga Kejohanan Rali Malaysia di Kuantan dengan penuh harapan setelah mengalami pelbagai masalah di pusingan kedua di Kangar.

Jika laluan lurus dan laju di ladang tebu di sempadan Thailand merupakan cabaran besar yang perlu diatasi, laluan sempit dan berliku di Kuantan pula adalah kelebihan yang dinanti.

Juruarah jentera Perodua Viva 4WD Turbo, Bernard Chin menjangkakan prestasi yang baik untuk pasukan mereka.

“Sasran kami di Kuantan ialah untuk menang dalam kelas masing masing dan juga menjejak podium keseluruhan.

“Walaupun kami mengalami pelbagai masalah mekanikal di Arau, hakikatknya ketiga tiga jentera lumba kami mampu menyaingi yang terbaik dan ini jelas kelihatan dalam catatan masa kami yang ada kalanya terpantas ketika melalui beberapa SS.


“Catatan masa yang baik ini dilakukan dalam laluan laju yang sepatutnya memberi kelebihan kepada kereta berenjin besar.


Tempoh hampir sebulan antara dua pusingan ini telah digunakan sebaik mungkin oleh pasukan Perodua M5, mereka telah membina semula enjin yang rosak dan memperbaiki masalah yang dialami di Kangar.

Di Perlis mereka telah mengalami masalah kotak gear, pendawaian dan juga kerosakan serius kepada satu enjin.

Ini berpunca dari para pelumba mereka mencuba sedaya upaya untukmenyaingi jentera yang berenjin lebih besar, seperti Mitsubishi Lancer Evo VIII yang dipandu oleh juara rali Malaysia Karamjit Singh.

Jentera genit, Viva 4WD Turbo Berjaya mencatatkan masa yang lebih pantas dari Karamjit dalam beberapa SS, membuktikan yang mereka tidak kekurangan dari segi kelajuan dan kuasa.

“Dengan enjin yang baru dibina semula dan perubahan yang dibuat pada bahagian bermasalah, kami menuju ke Kuantan dengan harapan yang besar,” kata Chin.

Kuanta juga akan menyaksikan penyertaan sulung juara 2WD Rali New Zealand, Mark Tapper namun Chin tetap berpendapat mereka mampu memberikan saingan yang hebat.

“Saya pernah berlumba dengan beliau di China dan terbukti beliau seorang pemandu yang laju tetapi pada pandangan saya, laluan beliku dan tidak rata di Kuantan tidak serasi dengan gaya beliau.

“Tapper memang gemarkan laluan laju dan berselekoh sederhana kerana ini sesuai dengan rentak dan gaya pemanduan beliau tetapi kami mempunyai jentera yang paling sesuai untuk laluan seperti di Kuantan, kecil dan berkuasa.

“Dengan itu saya yakin Perodua M5 mampu menghasilkan prestasi terbaik di pusingan ketiga ini,” sambungnya lagi.

No comments: