Sunday, June 29, 2008

Perodua membuat kejutan awal di Kuantan

Viva 4WD Turbo
Doc Lim and Y Anuar - ceremonial flag-off

Pengalaman dan persediaan rapi telah memberi kelebihan penting kepada Pasukan Rali Perodua M5 dan ini membolehkan mereka mencabar jentera yang jauh lebih berkuasa di pusingan ketiga Kejuaraan rali Malaysia yang diadakan di Kuantan hujung minggu ini.

Jentera Viva 4WD Turbo mereka kini berada di tangga kedua di belakang Mitsubishi Lancer Evo VIII Karamjit Singh dan mendahului EVO IX yang dipandu Gunaseelan Rajoo.

Perodua Viva 4WD Turbo
Mendahului
Mitsubishi Evo IX di hari pertama

Ini membuktikan bahawa usaha Perodua M5 membangunkan model Viva sebagai sebuah jentera rali merupakan keputusan yang tepat kerana kini kereta kecil ini mampu mencabar gandingan pemandu terbaik Malaysia dan jentera yang jauh lebih berkuasa.


Prestasi cemerlang Viva di hari pertama memberi keyakinan kepada pasukan untuk menduduki podium di akhir pusingan ini.

Walaubagaimanapun kedudukan Lim pada hari pertama masih belum muktamad kerana insiden pada awal SS2 telah menyebabkan kecelaruan pada catatan masa semua pemandu dan ini menghalang penganjur dari mengeluarkan keputusan rasmi sehingga lewat malam.

Perodua Viva 4WD Turbo
memiliki kelajuan dan ketangkasan

Kereta kedua pasukan Perodua M5 juga menunjukkan prestasi baik tetapi masalah teknikal yang muncul pada SS3 terus menghantui mereka sepanjang hari.

Menurut juruarah Bernard Chin, kereta Myvi 4WD Turbo yang diapandu pasangan beliau, Kan Chee Hong juga menyerlah sepanjang hari tetapi pada SS3 mereka mengalami sedikit masalah enjin.

Myvi 4WD Turbo
KAN Chee Hong dan Bernard Chin - Ceremonial flag off

“Kami kehilangan kuasa ketika melalui satu selekoh laju dan ini menyebabkan kereta tersasar ke luar selekoh dan menghentam tebing. Pelanggaran ini merosakkan roda dan system suspensi.

Chin dan Kan menggantikan roda yang rosak di akhir SS3 dan terus memandu dalam SS berikutnya sebelum pulang ke tapak servis untuk membaiki kerosakan system suspensi.

“Mekanik pasukan telah menggantikan lengan bawah gandar depan Myvi dan kami pun terus memandu. Malang sekali kami tidak menyedari bahawa rak stering juga telah rosak akibat insiden awal dan dalam SS6 is berhenti berfungsi sama sekali dan kami telah terbabas ke dalam semak.

Myvi 4WD Turbo
Kemalangan di SS3 menyebabkan kerosakan rak stereng
pada SS8 dan meranapkan harapan KAN dan CHIN

“Tanpa fungsi stereng sudah tentu kami tidak dapat meneruskan perlumbaan,” katanya.

Ketika kejadian berlaku mereka sedang mengejar pemandu tempat ketiga, Gunaseelan.

Akibat kerosakan tersebut dan kegagalan mereka untuk menamatkan kesemua lapan SS di hari pertama, Lim dan Myvi 4wd Turbo kehilangan peluang untuk menduduki podium keseluruhan.

Setelah tamat perlumbaan hari pertama mekanik Perodua M5 telah menggantikan rak stereng yang rosak dengan yang baru dan mereka akan terus memburu mata untuk pasukan dalam format Super Rali pada hari kedua.

Laluan di Kuantan yang lebih lebar dan rata dijangka menjadi cabaran tambahan kepada Perodua M5 dan memberikelebihan kepada jentera berenjin besar, tetapi setelah hari pertama jelas bahawa saiz enjin bukan merupakan pengukur jitu peluang kemenangan di Felda Lepar Hilir.

Walaupun cuaca cerah memberikan keadaan yang hampir sempurna untuk perlumbaan dua pemandu yang dijangka menjadi pencabar utama podium telah mengalami kemalangan seawal SS2.

Arjun Rao yang memandu Mitsubishi Evolution VI gagal mengawal kenderaan mereka dan terbalik manakala James Russell pula telah melanggar tebing pada SS yang sama dan ini menyebabkan kerosakan teruk kepada Subaru Impreza pasukan SR Motorsports.

No comments: